BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 14, 2009

+ muNaJaT ciNta +

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku…
Tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu kekal abadi…
Dan Ya Allah Ya Tuhanku…
Yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Serta Ya Allah…
Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Berilah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
Agar aku bisa hidup bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan Ya Allah Yang Maha Mengerti…
Gantilah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya….

Ya Allah Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Kerana Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Ya Allah…
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia…
Dapat sama-sama membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redha…
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh…

Amin………….

1 comments:

Anonymous said...

boleh suda...